PU3 Womens Parfum

Sorry, we are out of stocks
DETAILS

“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”
Hamka

Orang pandai dan beradab takkan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.....

Puteri Lindungan Bulan ingin berbicara..dengarkan ya

Apa itu PARFUM?

PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat. Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit.  Jika tuan hamba mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.

Kenapa Travel Parfum?

Saiznya yang kecil-kecil cili padi mudah disimpan dan dibawa kemana-mana sahaja. Merantaulah anak muda, carilah pengalaman kerana wang emas sekalipun tidak boleh membeli pengalaman.

PU3 Travel Parfum mengandungi 60% pati 

  • bau segar (Fresh, natural, green dan floral)
  • tahan lama
  • sesuai dibawa kemana-mana

Botol PU3 didatangkan dalam dua saiz

  • MINIPEK 5ML (warna putih)
  • TRAVEL PEK 15ML (warna merah jambu)
  • STANDARD PEK 30ML (botol kaca)

Kelebihan PU3 pek mini dan travel pek

  • Pek mini/travel pek yang mudah dibawa kemana-mana
  • Ringan dan kompak
  • Tidak mudah pecah
  • Harga mampu milik

 

Tips Memakai Parfum cara Puteri Lindungan Bulan

  • Rembeskan secukupnya. Biarkan kering secara alami. Jangan menggosok pergelangan tangan kerana akan mengubah dan mengurangi aroma. Cukup sekadar oleskan di nadi dan leher.
  • Hindari penggunaan di dekat wajah kerana hanya akan membuat kulit kering.
  • Biarkan parfum kering sebelum berpakaian.
  • Agar wangi lebih tahan lama, rembeskan parfum yang sama beberapa kali (berlapis-lapis). Dengan cara ini wangi dapat bertahan enam sampai 12 jam. Lakukan ini sekiranya tuan hamba hendak merantau ke negara seberang.

Tips Menyimpan Parfum 

  • Hindari suhu ekstrim saat menyimpan wewangian. (<30 degrees)
  • Pastikan botol tertutup rapat, berdiri tegak, dan terhindar dari sinar matahari langsung.
  • Simpan di tempat yang sejuk dan teduh untuk memanjangkan jangka hayat Parfum anda.
  • PENTING : panas dan sinar matahari akan menyebabkan wangi parfum  berkurang/cepat pudar. Simpan di tempat sejuk dan kering, tidak terkena sinar/cahaya matahari.

Pergilah 'kan kau dapatkan pengganti dari kerabat dan teman
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air yang diam menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih jika tidak, dia ‘kan keruh menggenang

Merantaulah dan bawalah PU3 bersamamu

 

 

PHOTOS
back to top ⤴